Friday, 6 April 2012

PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan itu berakhlak mulia dan bermoral. Pendidikan Moral Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai-nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk secara bersepadu. Di samping itu juga murid dapat menyatakan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.


i. Pemikiran Moral
Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan
pertimbangan moral
ii. Perasaan Moral
Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan
merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul
iii. Perlakuan Moral
Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral.


Kurikulum Pendidikan Moral mengandungi 14 nilai murni. Nilai-nilai murni ini disampaikan kepada murid-murid untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah:

Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Hormat-menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

No comments:

Post a Comment